ATLET KULIM , BANDAR BAHARU DIRAI

Written by Super User. Posted in Berita Terkini

07hm71suk 1483736943

Kulim: Lebih 100 atlet dan pegawai kontingen Daerah Kulim dan Bandar Baharu diraikan Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir selepas mempamer prestasi memberangsangkan pada kejohanan Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) 2016, baru-baru ini.

Pada majlis jamuan itu juga, 52 atlet menerima imbuhan mengikut pingat yang dikutip iaitu pemenang pingat emas menerima RM200, perak (RM100) dan gangsa (RM50).

Pada temasya edisi keenam itu, kontinjen Kulim menduduki tempat keempat selepas mengumpul enam pingat emas, 12 perak dan tiga gangsa manakala Bandar Baharu di tangga ke-11 dengan dua emas, tiga perak dan dua gangsa.

SUKDA 2016 mempertandingkan lapan acara sukan iaitu bola sepak, silat, petanque, sepak takraw, tenpin bowling, memanah, ragbi dan olahraga. Kontingen Daerah Kulim memenangi pingat emas dalam olahraga iaitu 100 meter wanita, 200 meter wanita, lontar peluru lelaki dan silat manakala Bandar Baharu mengutip pingat emas dalam acara pencak silat.

Abdul Aziz berkata, majlis berkenaan dibuat untuk memberi penghargaan kepada kedua-dua kontingen terbabit yang berusaha mengharumkan nama daerah masing-masing.

 

Katanya, selain itu imbuhan diberi sebagai satu galakan kepada atlet supaya meneruskan kecemerlangan acara sukan yang disertai bukan saja di SUKDA, malah untuk kejohanan peringkat kebangsaan seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

“Kemungkinan ada atlet dari Kulim dan Bandar Baharu yang muncul sebagai pemenang pingat emas untuk Kedah.

“Alhamdulillah program hari ini (kelmarin) adalah satu penghargaan kepada golongan muda yang berbakat dalam sukan,” katanya kepada media

Turut hadir, Pegawai Daerah Kulim Mohamad Che Nai dan Pegawai Daerah Bandar Baharu Fauzi Mustaffa.

 

 

Sumber: Harian Metro

Warga PDBB

 houseicon

 eGroup

Instun

Jupem2u

 

 

Perniagaan

 

perniagaan

Sistem eLesen

Scan QR KOD

scan

Pautan

Lambang Kedah kecik1malaysia-pngmscMyGovernmentmampu1JPAHRMISgov

Media

 

Video Audio


       

 

Pelawat

45918
Hari IniHari Ini29
SemalamSemalam32
Minggu IniMinggu Ini75
Bulan IniBulan Ini341
KeseluruhanKeseluruhan45918